JOM CHATTING

Monday, November 23, 2009

Jadilah Sebenarnya Guru



Kerjaya guru suatu ketika dulu dipandang mulia, kata-kata dan tunjuk ajarnya benar belaka, tiada nampak cacat cela di mana-mana, disanjung dipuja sentiasa. Guru mengajar tak kira masa, mencurahkan bakti tanpa kenal erti mengeluh kesah. Dulu gaji guru tak seberapa, berkhidmat di pendalaman dengan rela. Meredah kampong, hulu, bandar dan hutan belantara, lantaran dek tugas yang dipikul, guru sedia berkhidmat di mana-mana. Senyuman pelajar, hiburan guru dikala duka. Ketawa pelajar menjadi pengubat rindu yang membara, kesedihan pelajar menikam sanubari jiwa, seorang guru sentiasa bersama pelajar suka dan duka. Pendapatan yang dapat tidaklah seberapa, sampai pencenpun tak kaya, namun tetap tersenyum bangga kerana kejayaan pelajarnya adalah kejayaan bersama. Itulah guru kita.

Namun apa sudah jadi dengan guru kita? Peralihan zaman telah mengubah budi bicara, pemikiran dan tingkah laku mereka. Zaman tradisional bertukar kapitalis, liberal dan global mengubah hampir keseluruhan hidup dan budaya. Guru tidak lagi ceria, individualisma dan egoisma menjadi pegangan utama. Kerjaya guru bukan dianggap sebagai kerja mulia tapi dijadikan hampatan duit semata-mata. Mengajar sambil lewa, tak masuk kelaspun tak mengapa kerana bulan-bulan makan gaji buta. Dalam kelas anak murid tergangga dikatakan buta tak tahu membaca, disumbat dengan leteran dan kata nista. Mana budi bahasa? Salah pelajar dicari merata, salah guru tutup sebelah mata. Keruntuhan moral pelajar dijadikan bahan utama untuk menunding jari merata-rata.


Wahai guruku, sedarlah anda, Setiap langkah kananmu membawa pahala, perjalananmu penuh dengan rahmat Allah merata-rata, Keikhlasanmu akan mengubah dunia, ketulusanmu akan membangunkan ummah dan mendaulatkan negara. Tugasmu bukan hanya didunia, tugasmu sebagai amanah dan kewajipan dari Allahtaala.. Betapa bahagianya menjadi guru kerana dapat berbakti kepada bangsa, negara dan agama. Itulah tugas guru selagi nafas dihembus selagi itu tetap berjasa. Jadilah guru sebenar guru.

Tuesday, October 27, 2009

SALAH SIAPA ???



Bukan masa nak cari salah siapa. Ambil ikhtibar daripada peristiwa ini. Adakah guru sudah mengambil langkah-langkah perlindungan apabila peristiwa ini berlaku ?. Pihak-pihak luar akan hanya menyalahkan pihak guru sahaja. Jadi adakah surat kebenaran waris yang digunapakai sekarang "relevan" dan "valid" jika digunakan dalam aspek perundangan???.

Monday, October 26, 2009

MAKLUMAT / DATA KEDUDUKAN GURU SEKOLAH MENENGAH HARIAN TAHUN 2009 SEPERTI PADA 31 OKTOBER 2009

Guru Data amatlah diharapkan supaya dapat melengkapkan Borang Status Kedudukan Guru Sekolah Menengah (BSKG-M) maklumat /data pada 31 Oktober 2009 dan kembalikan semula maklumat tersebut beserta surat iringan sekolah ke PPD KMY selewatnya pada 5 November 2009 .

Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saturday, October 10, 2009

EMIS ONLINE SEKOLAH TERBAIK KMY


Sukacita dimaklumkan bahawa cenderahati berupa 1 printer dan 3 pendrive untuk dimenangi guru data KMY bulan ini. Buat yang terbaik untuk data sekolah anda !!!

Tuesday, September 29, 2009

KUTIPAN DATA EMIS PERDANA


Adalah dimaklumkan bahawa kutipan perdana seperti pada 30 Oktober 2009 akan dijalankan. Semua pihak diminta untuk membuat persiapan bagi tujuan tersebut.

Proses kemasukan data akan dibekukan seminggu selepas tarikh tersebut.

Semak Ralat OPMEN


File semak ralat OPMEN (Utiliti OPMEN 2.0) yang terbaru untuk kutipan data seperti pada 30 Oktober 2009 telah diemailkan ke sekolah masing-masing.

Panduan ringkas untuk menggunakan Utiliti OPMEN 2.0 :

1. Muat turun file “Utiliti OPMEN 2.0” yang disertakan untuk semak ralat OPMEN.

2. Wujudkan satu folder “OPMEN” dalam local disk C.

3. Letakkan file “Utiliti OPMEN 2.0” yang dimuat turun tadi dalam folder “OPMEN”.

4. Cari file Data OPMEN sekolah yang sedang digunakan sekarang.

5. File tersebut mestilah juga diletakkan di dalam folder “OPMEN”.

6. Rename file Data OPMEN (MS Acces) sekolah itu dengan nama “Opmen∆J∆” (∆ bermaksud sempang/spacing ).

7. Buka file “Utiliti OPMEN 2.0”dan pastikan semua table dilink ke “ C:\OPMEN\Opmen J .mdb ”

8. Tolong buat semakan semua jenis ralat yang ada dan perbetulkan data.



Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Sunday, September 20, 2009

DATA OPMEN BERAKHIR 31 OKT 2009


1. Data OPMEN kutipan Julai 2009 lalu yang telah dibersihkan dan dikemaskini telah diemail ke sekolah masing-masing.

2. Data ini perlu digunakan sebagai data asas bagi kutipan data akan datang dan data ABM mengikut waran sekolah mesti dipatuhi.

3. Pihak sekolah diingatkan supaya tidak mengubah data waran kelas dan murid serta waran subjek elektif bagi kutipan 31 Oktober 2009 nanti.

4. Pohon dikemaskini data Profil Guru bagi setiap orang guru terutamanya kesahihan Tarikh Lantikan, Tarikh Sah serta lain-lain tarikh.

5. Tarikh kutipan data untuk bulan Oktober 2009 akan dimaklumkan kemudian dan pihak sekolah diminta membuat pengemaskinian data mulai awal Oktober 2009.

6. Tolong semak data menggunakan Ralat Opmen tempoh hari.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Unit ICT,

PPD Kuala Muda/Yan.

PERHATIAN:

Taklimat OPMEN akan diadakan pada:
Hari : Khamis
Tarikh : 5 November 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD KMY
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Harap maklum