JOM CHATTING

Monday, November 23, 2009

Jadilah Sebenarnya Guru



Kerjaya guru suatu ketika dulu dipandang mulia, kata-kata dan tunjuk ajarnya benar belaka, tiada nampak cacat cela di mana-mana, disanjung dipuja sentiasa. Guru mengajar tak kira masa, mencurahkan bakti tanpa kenal erti mengeluh kesah. Dulu gaji guru tak seberapa, berkhidmat di pendalaman dengan rela. Meredah kampong, hulu, bandar dan hutan belantara, lantaran dek tugas yang dipikul, guru sedia berkhidmat di mana-mana. Senyuman pelajar, hiburan guru dikala duka. Ketawa pelajar menjadi pengubat rindu yang membara, kesedihan pelajar menikam sanubari jiwa, seorang guru sentiasa bersama pelajar suka dan duka. Pendapatan yang dapat tidaklah seberapa, sampai pencenpun tak kaya, namun tetap tersenyum bangga kerana kejayaan pelajarnya adalah kejayaan bersama. Itulah guru kita.

Namun apa sudah jadi dengan guru kita? Peralihan zaman telah mengubah budi bicara, pemikiran dan tingkah laku mereka. Zaman tradisional bertukar kapitalis, liberal dan global mengubah hampir keseluruhan hidup dan budaya. Guru tidak lagi ceria, individualisma dan egoisma menjadi pegangan utama. Kerjaya guru bukan dianggap sebagai kerja mulia tapi dijadikan hampatan duit semata-mata. Mengajar sambil lewa, tak masuk kelaspun tak mengapa kerana bulan-bulan makan gaji buta. Dalam kelas anak murid tergangga dikatakan buta tak tahu membaca, disumbat dengan leteran dan kata nista. Mana budi bahasa? Salah pelajar dicari merata, salah guru tutup sebelah mata. Keruntuhan moral pelajar dijadikan bahan utama untuk menunding jari merata-rata.


Wahai guruku, sedarlah anda, Setiap langkah kananmu membawa pahala, perjalananmu penuh dengan rahmat Allah merata-rata, Keikhlasanmu akan mengubah dunia, ketulusanmu akan membangunkan ummah dan mendaulatkan negara. Tugasmu bukan hanya didunia, tugasmu sebagai amanah dan kewajipan dari Allahtaala.. Betapa bahagianya menjadi guru kerana dapat berbakti kepada bangsa, negara dan agama. Itulah tugas guru selagi nafas dihembus selagi itu tetap berjasa. Jadilah guru sebenar guru.

Tuesday, October 27, 2009

SALAH SIAPA ???



Bukan masa nak cari salah siapa. Ambil ikhtibar daripada peristiwa ini. Adakah guru sudah mengambil langkah-langkah perlindungan apabila peristiwa ini berlaku ?. Pihak-pihak luar akan hanya menyalahkan pihak guru sahaja. Jadi adakah surat kebenaran waris yang digunapakai sekarang "relevan" dan "valid" jika digunakan dalam aspek perundangan???.

Monday, October 26, 2009

MAKLUMAT / DATA KEDUDUKAN GURU SEKOLAH MENENGAH HARIAN TAHUN 2009 SEPERTI PADA 31 OKTOBER 2009

Guru Data amatlah diharapkan supaya dapat melengkapkan Borang Status Kedudukan Guru Sekolah Menengah (BSKG-M) maklumat /data pada 31 Oktober 2009 dan kembalikan semula maklumat tersebut beserta surat iringan sekolah ke PPD KMY selewatnya pada 5 November 2009 .

Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saturday, October 10, 2009

EMIS ONLINE SEKOLAH TERBAIK KMY


Sukacita dimaklumkan bahawa cenderahati berupa 1 printer dan 3 pendrive untuk dimenangi guru data KMY bulan ini. Buat yang terbaik untuk data sekolah anda !!!

Tuesday, September 29, 2009

KUTIPAN DATA EMIS PERDANA


Adalah dimaklumkan bahawa kutipan perdana seperti pada 30 Oktober 2009 akan dijalankan. Semua pihak diminta untuk membuat persiapan bagi tujuan tersebut.

Proses kemasukan data akan dibekukan seminggu selepas tarikh tersebut.

Semak Ralat OPMEN


File semak ralat OPMEN (Utiliti OPMEN 2.0) yang terbaru untuk kutipan data seperti pada 30 Oktober 2009 telah diemailkan ke sekolah masing-masing.

Panduan ringkas untuk menggunakan Utiliti OPMEN 2.0 :

1. Muat turun file “Utiliti OPMEN 2.0” yang disertakan untuk semak ralat OPMEN.

2. Wujudkan satu folder “OPMEN” dalam local disk C.

3. Letakkan file “Utiliti OPMEN 2.0” yang dimuat turun tadi dalam folder “OPMEN”.

4. Cari file Data OPMEN sekolah yang sedang digunakan sekarang.

5. File tersebut mestilah juga diletakkan di dalam folder “OPMEN”.

6. Rename file Data OPMEN (MS Acces) sekolah itu dengan nama “Opmen∆J∆” (∆ bermaksud sempang/spacing ).

7. Buka file “Utiliti OPMEN 2.0”dan pastikan semua table dilink ke “ C:\OPMEN\Opmen J .mdb ”

8. Tolong buat semakan semua jenis ralat yang ada dan perbetulkan data.



Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Sunday, September 20, 2009

DATA OPMEN BERAKHIR 31 OKT 2009


1. Data OPMEN kutipan Julai 2009 lalu yang telah dibersihkan dan dikemaskini telah diemail ke sekolah masing-masing.

2. Data ini perlu digunakan sebagai data asas bagi kutipan data akan datang dan data ABM mengikut waran sekolah mesti dipatuhi.

3. Pihak sekolah diingatkan supaya tidak mengubah data waran kelas dan murid serta waran subjek elektif bagi kutipan 31 Oktober 2009 nanti.

4. Pohon dikemaskini data Profil Guru bagi setiap orang guru terutamanya kesahihan Tarikh Lantikan, Tarikh Sah serta lain-lain tarikh.

5. Tarikh kutipan data untuk bulan Oktober 2009 akan dimaklumkan kemudian dan pihak sekolah diminta membuat pengemaskinian data mulai awal Oktober 2009.

6. Tolong semak data menggunakan Ralat Opmen tempoh hari.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Unit ICT,

PPD Kuala Muda/Yan.

PERHATIAN:

Taklimat OPMEN akan diadakan pada:
Hari : Khamis
Tarikh : 5 November 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD KMY
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Harap maklum

Wednesday, September 2, 2009

FAKTA MENGENAI LAILATUL QADR!


Bilakah waktunya?

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Baginda menjawab,
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni.”
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).
Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)
Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.
Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
• Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
• Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
• Satu bendera diletakkan di Baitullah
• Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

Thursday, August 27, 2009

SENARAI HOTEL YANG ADA SIJIL HALAL


1.Kuala Lumpur Convention Centre
Convex Malaysia Sdn. Bhd.(KLCC)
Kuala Lumpur Convention Centre.
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur.
13/02/2008 - 12/02/2010 (tarikh sah)

2.Hotel Ancasa Kuala Lumpur
Uda Ancasa Sdn Bhd,
Jalan Tun Tan Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur
01/05/2009 - 30/04/2012 (tarikh sah)

3.Hotel Corus Kuala Lumpur
(Ming Court Hotel (KL) Sdn. Bhd,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
01/02/2008 - 31/01/2010 (tarikh sah)

4.Hotel Crystal Crown
(Nikmat Maju Development Sdn. Bhd)
No 12 Lorong Utara A,
Off Jalan Utara,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
01/03/2009 - 28/02/2011 (tarikh sah)

5.Hotel Empress Sepang
(KSB Requirements & ret Sdn. Bhd)
Jalan ST 1C/7,
Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Selangor Darul Ehsan
01/12/2007 - 30/11/2009 (tarikh sah)

6. Hotel Grand Bluewave Shah Alam
(Semarak Capital Sdn. Bhd. )
Persiaran Perbandaran Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
01/12/2007 - 31/12/2009 (tarikh sah)

7.Hotel Grand Dorsett Labuan
Victoria'S Brasserie,
LOT 462, Jalan Merdeka,
87029 Labuan
01/12/2007 - 30/11/2009 (tarikh sah)

8.Hotel Grand Palace
Lot 638, Block 7, MCLD Pelita, Commercial Centre,
2-KM, Jalan Miri-Pujut,
Peti Surat 1525,
98008 Miri, Sarawak
16/07/2007 - 15/07/2009 (tarikh sah)

9.Hotel Hilton Petaling Jaya
2, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
01/08/2007 - 31/07/2009 (tarikh sah)

10.Hotel Armada Petaling Jaya
Lorong Utara C, Seksyen 52,
Peti Surat 691,
Pejabat Pos Jalan Sultan,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
01/12/2007 - 31/12/2009 (tarikh sah)

11.Hotel Putra Kuala Lumpur.
Selesa Inn Kuala Lumpur,
285 - 287 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
01/12/2007 - 31/12/2009 (tarikh sah)

12.Hotel Seri Malaysia (Ipoh)
Ghazali Management Services
Jalan Sturrock,
Off Jalan Tambun,
30350 Ipoh, Perak
01/06/2008 - 31/05/2010 (tarikh sah)

13.Hotel Seri Malaysia (Pulau Pinang)
Prisma Lamuni Sdn Bhd.
NO 7, Jalan Mayang Pasir 2,
Bandar Bayan Baru,
11950 Pulau Pinang
01/06/2008 - 31/05/2010 (tarikh sah)

14.Hotel Seri Malaysia (Taiping)
Tunas Larut Enterprisie
No. 4, Jalan Sultan Mansur
34000 Taiping, Perak
15/07/2008 - 14/07/2010 (tarikh sah)

15. Hotela Seri Malaysia Bagan Lalang
Mohamed Shukor bin Mohd Zakaria Enterprise
(Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang),
Lot 979 & 980 Pantai Bagan Lalang,
Sg Pelek Sepang,
Selangor
01/12/2007 - 30/11/2009 (tarikh sah)

16.Labuan Mariana Centre Sdn. Bhd
No. 1, Jalan Wawasan,
87000 W.P Labuan
01/12/2007 - 30/11/2009 (tarikh sah)

17.Hotel Legend Kuala Lumpur.LEGEND HOTEL
(Metroplex Holdings Sdn. Bhd.)
Tkt 33, Putra Place Office Tower,
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
01/08/2007 - 31/07/2009 (tarikh sah)

18.Hotel Mayor Berhad
T/A City Villa Kuala Lumpur
69 Halan Haji Hussein,
Off Jalan T.A.R,
50300 Kuala Lumpur
01/06/2008 - 31/05/2010 (tarikh sah)

19.PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur.
10, Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur.
01/12/2007 - 30/11/2009 (tarikh sah)

20.Hotel Sheraton Labuan
Grand Dorsett Labuan Hotel,
Victoria's Brasserie,
Lot 462, Jalan Merdeka,
87029 Labuan.
01/08/2007 - 31/07/2009 (tarikh sah)

21.Hotel The Paramount
3, Lorong 9A,
Jalan Kampung Dato,
96000 Sibu,
Sarawak
16/03/2008 - 15/03/2010 (tarikh sah)

22. Hotel The Summit, Subang USJ
Persiaran Kewajipan USJ1
47600, UEP Subang Jaya, Selangor.
01/05/2009 - 30/04/2011 (tarikh sah)

23.Hotel Tiara Labuan
Jalan Tanjung Batu,
87007 Labuan
01/12/2007 - 31/12/2009 (tarikh sah)

24.Tradewinds hotels & Resorts Sdn. Bhd, (Johor) Sdn. Bhd.
Mutiara Johor Bahru,
Jalan Dato Sulaiman,
Taman Century KB 779,
80990 Johor Bahru,
Johor.
01/03/2009 - 28/02/2011 (tarikh sah)

25.Resort Villa Golf Course Development Sdn, Bhd,
62502 Putrajaya
01/05/2008 - 30/04/2010 (tarikh sah)

26. UiITM Hospitality Management Services Sdn. Bhd.
Intekma Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Tuesday, August 25, 2009

Ingin Hubungi Guru Data KMY???

1 KHA3002 SMA SUNGAI PETANI
AKHMAL BIN ARIFFIN 0194776313
albiduny79@yahoo.com

2 KEA3114 SMK TAMAN RIA JAYA
ASNIZA BINTI ARIS 0125507336
asniz78@gmail.com

3 KEA3107 SMK KOTA KUALA MUDA
AZAHAR BIN AHMAD 0195730690
gdata.smkkota@gmail.com

4 KEA3111 SMK AMAN JAYA
CHONG NGEE MOY 0194117097
y_may13@hotmail.com

5 KEA3116 SMK PINANG TUNGGAL
FADZIL BIN DARUS 0194195547
fadzil.kt@gmail.com

6 KEA9001 SMK SUNGAI LIMAU YAN
FAZIL BIN AHMAD 0124777476
warwir76@yahoo.com

7 KEE3105 SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA
FAZLIZA BINTI ISMAIL 0195751669
kakchik78@gmail.com

8 KEA3106 SMK SUNGAI PASIR
FUZIAH HAMIN BINTI KAMARUDIN 0194219131
hanim_jie@yahoo.com

9 KEA9003 SMK DULANG
HANITA BT MD HUSSAIN 0134212627
hanita7422@yahoo.com

10 KEE9024 SMK YAN
HARLINA BT ABD RAHMAN 0194772943
harabrah@yahoo.com

11 KEA9002 SMK BATU 17
HASBULLAH BIN HASSAN 0124650205
gurudata.smkbatu17@gmail.com

12 KEE3053 SMK CHE TOM 'SRT'
IZZATI BINTI ABDUL HAMID 0124030048
gdata.smkchetom@gmail.com

13 KFT9002 SMA FAUZI
KHAIRIAZMAN BIN ISMAIL 0195454839
khairi.smafauzi@gmail.com

14 KEE3052 SMK BEDONG
KHAIRUL NIZA BT. WAHAB 0124531770
khairulniza77@gmail.com

15 KEB3051 SMK SIN MIN (CF)
KIRANJIT KAUR A/P BALBIR SINGH 0194175552
kirandev73@yahoo.com

16 KEB3047 SMK DATO BIJAYA SETIA
LEE SIEW YONG 0134050731
sylee03.dbs@gmail.com

17 KKA3002 SM TEKNIK SUNGAI PETANI 1
MOHAMMAD FADZLI BIN YUSOFF 0124969856
fadzli1981@yahoo.com

18 KEA3110 SMK SERI BADONG
MOHAMMAD SHAHRIL BIN HANAFI 0174058571
shahanafi@gmail.com

19 KFT9001 SMA SAADAH ALDINIAH AL ISLAMIAH
MOHD AKMALUDDIN BIN YAHYA 0124422872
akmal_din86@yahoo.com

20 KFT3003 SMA PEKAN GURUN
MOHD SAAD BIN AHMAD 0124202375
mohdsaad.ahmad@gmail.com

21 KKA3001 SM TEKNIK SUNGAI PETANI 2
NAZRINA BINTI PAAT @ PANGAH 0194575399
giena_smtsp2@yahoo.com

22 KEB3050 SMK ST THERESA (M)
NOORHAYATI BINTI YUSOFF 0134032491
noorika4p@yahoo.com

23 KEA3112 SMK BATU 5, JALAN JENIANG
NOORHAYATI BINTI YUSUF 0135080665
hayatiyusoff.smkbt5@gmail.com

24 KEA3108 SMK BUKIT SELAMBAU
NOR AZIZI BIN ABDULLAH 0195068509
norazizikdh@gmail.com

25 KEA3105 SMK TUNKU ISMAIL
NORMAL IZA BINTI OSMAN ARIFF 0194782832
normaliza233@gmail.com

26 KEB3048 SMK CONVENT FATHER BARRE
ONG YUEN PING 0124670361
gdatasmkconventfb@gmail.com

27 KHA3001 SMA NAHDZAH
RIDUAN BIN HUSSIN 0125555132
xprides@yahoo.com

28 KEB3049 SMK IBRAHIM
ROSIZAH BINTI WAHAB 0174059260
rosizah_wahab@yahoo.com

29 KEA3113 SMK SUNGAI LAYAR
ROSMAWATI BINTI ROMLI 0195759644
rosputih@gmail.com

30 KEE3056 SMK PEKULA JAYA
ROSNANI BT SEREWAN 0124001205
ummi.nani@gmail.com

31 KEE3054 SMK GURUN
ROZIAH BINTI RAMLI 0174300935
roziahramli@yahoo.com

32 KEE3057 SMK TUNKU SULONG
SARASVATHI A/P SUBRAMANIAM 0195584540
cacukhan@yahoo.com

33 KEA3117 SMK BAKAR ARANG
SITI RASHADAH BINTI CHIK 0194267515
sitirashadah@gmail.com

34 KEE3055 SMK MERBOK
UMAR RADZI BIN BAHARI 0134359745
radzni49@gmail.com

35 KEA3115 SMK PENGKALAN LEBAI MAN
VELA KUMARAN A/L VELAYUTHAM 0124310101
vela.gplm@gmail.com
razak.gplm@gmail.com

36 KEE9023 SMK GUAR CHEMPEDAK
WAN NOOR AZA BINTI WAN SULAIMAN 0194100464
jazmelor@yahoo.com

37 KEA3046 SMK KHIR JOHARI
WAN NORANIZAH BINTI ZAINOL @ ABDULLAH 0194053088
anizah_70@yahoo.com

38 KRA9001 SMK AGAMA YAN
WAN RAZALI BIN WAN ESA 0194707206
gdatasmkayan@gmail.com

39 KEA3109 SMK BANDAR SUNGAI PETANI
WISAM BIN JAAFAR 0194545833
wisambios@gmail.com

Monday, August 24, 2009

Mengapa Bila Marah, Duduk ?


Nabi berpesan supaya duduk apabila kemarahan melanda,apakah hikmah disebalik pesanan tersebut? Bagaimana "duduk" tersebut boleh memberi manafaat untuk kepada manusia?

Ketika marah, fisiology manusia melalui apa yg dipanggil "Hipothalamus Putiatary Adrenal Axis" (HPA) akan merembes hormon2 tertentu untuk menyediakan badan manusia tersebut menghadapi kemungkinan yg melanda. HPA sebelum itu mendapat signal dari bahagian otak yg dipanggil Amygdala, yang juga mendapat maklumat dari bahagian otak yg lain yg mentafsir persekitaran. Amygdala ini terkenal untuk fungsi "fight or flight" "lawan atau lari" manusia. Amygdala mendapat signal dari bahagian otak yg lain, yg menterjemahkan situasi luar melalui apa yg dikesan oleh deria2 terutama mata dan telinga samada ianya mengancam manusia atau tidak, masaalahnya kepercayaan diri kita sendiri yg metafsirkan apa yg

dilihat atau dengar. Contohnya jika kita percaya Al Qaida memang betul2 wujud, kita akan sentiasa didlm ketakutan, jika kita tahu dari sumber2 lain yg Al Qaida dicipta oleh barat untuk meneruskan agenda mereka menguasai ekonomi dunia, kita tidak akan takut malah akan berani bangun menentang kemungkaran ini.

Kesan paling utama dari hormon2 yg dirembeskan oleh HPA tersebut adalah darah ke bahagian depan otak (frontal lobe) akan dikurangkan, lebih darah akan mengalir ke otak belakang untuk tindakan reflek yg lebih pantas. Darah juga akan pergi ke otot2 yg besar iaitu kaki dan tangan. Begitu juga dgn jantung yang akan mengepam darah dgn lebih kuat lagi disebabkan hormon tadi. Ini salah satu fungsi badan ciptaan Allah untuk memudahkan manusia menyelamatkan diri ketika kecemasan, bila anda nampak atau terdengar harimau mengaum ketika didlm hutan anda akan serta merta lari tanpa berfikir, satu lagi contoh adalah bila anda memandu dan tiba2 ada budak melintas jalan, tanpa sedar tangan anda akan menggenggam stering dgn lebih kuat dan kaki anda serta merta menekan brek.

Semua fungsi ciptaan Allah didlm badan manusia ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan juga hamba2Nya yg lain. Masaalah sekarang manusia semakin hari semakin tertekan dgn suasana dunia dan menyebabkan hormon stress sentiasa mengalir didlm badan tetapi belum sampai ketakat membawa marah secara terang-terangan (belum mencapai takat didih). Akan tetapi bila ada sahaja sedikit "cucukan" dari luar, manusia tersebut akan serta merta menonjolkan sifat2 marah tersebut walaupun punca yg amat sedikit, lihat berapa ramai yg mati hanya kerana salah faham dijln raya.

Apabila darah lebih byk mengalir ke otot belakang, adakah tindakan yg diambil untuk menangani marah itu dari otak yg berfikir? Tindakan dari otak reflek tidak mengambil kira logik, kesan2 kepada diri sendiri dan juga pada manusia yg lain. Semua perkiraan/pertimbangan untuk menyelesaikan masaalah yg menyebabkan marah tadi secara bijak tidak diambilkira jadi adakah tindakan yg diambil itu tindakan yg betul? Sudah semestinya tidak, sebab itu byk tindakan melulu yg diambil ketika marah ini selalunya akan disesali dikemudian hari.

Tindakan yg diambil berdasarkan dari otak belakang ini pula selalunya dari memori simpanan pemerhatian yg lepas2, baik dari pemerhatian semasa kecil mengikut tindakan ayah dan ibu ataupun dari pemerhatian2 melalui TV & juga filem. Jika hari2 melihat Kasim selamat mencucuk mata, hari2 melihat hero hindustan mengamuk tumbuk penjahat sampai pecah dinding, jika hari2 melihat Tom & Jerry berpukul2an sesama sendiri, itu yg akan diambil oleh manusia untuk tindakan reflek tersebut. Terfikirkah anda mengapa budak2 dizaman sekarang ini kecik2 lagi sudah menjadi kaki pukul? Mengapa hairan bila anak2 mulut celupar bila kita sendiri yang menggalakkannya belajar dari Sinchan?

Apabila kita duduk, darah yg tadinya mengalir ke kaki akan berkurangan kerana otot kaki sudah relaks, tetapi jantung tetap mengepam kencang darah kesemua badan, ini membuat darah akan seolah2 dipaksa kembali keotak depan (frontal cortex), jadi apabila otak depan kembali "bernafas" bukankah ianya akan digunakan untuk membuat keputusan dgn mengambil kira semua kebarangkalian kemungkinan dan kesan terhadap tindakan yang akan diambil?

Bila kita menghadapi sesuatu yg menyebabkan kita marah ataupun ditimpa musibah, Nabi menyuruh kita bersabar. Apabila kita bersabar, berhenti seketika dan bertenang, ini membolehkan signal dari Amygdala tadi pergi kefrontal lobe. Signal ke frontal lobe ini lambat berbanding dgn signal ke otak belakang jadi dgn bersabar, ini memberi peluang frontal lobe untuk menerima isyarat tersebut dan berfungsi sebelum bertindak.

Jadi mulai sekarang ini, jika anda marah duduk, jika anda sedang duduk, bawak bersabar, beri peluang otak berfikir (frontal lobe) anda buat keputusan dan bukan otak primitif/haiwan. Semua arahan dan peraturan yg tertulis didlm Al Quran dan nasihat2 Nabi adalah untuk kebaikan manusia bukan setakat untuk individu malah untuk kesan kepada semua umat manusia. Kita semua berkait dibawah satu lapangan/jaringan tenaga yg kita tidak nampak atau sedari. Insyaallah saya akan kupas sedikit demi sedikit rahsia kehidupan ini agar kita semua menjadi umat yg lebih cemerlang.

Hikmah Sujud


1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.



Bernafas ketika sujud akan :

1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
(smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah..

"Ya Rabbi kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)
Jadi Apa yang anda tunggu silakan bersujud dengan Benar dan Khusu semoga bermamfaat

CARA KAWAL LEMAK DAN KOLESTEROL


BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Melayu. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat. Kami memberikan beberapa panduan di sini:

Daging

Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu. Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan. Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati. Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.

Ikan

Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Telur

Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

Lemak dan minyak

Produk tenusu
Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak. Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak. Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini. Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar.

Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak. Sapukan mentega dengan tipis. Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones. Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu. Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidaktepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya. Gantikan mi goreng dengan mi sup. Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu. Makan buah segar dan bukan kek dan pastri.

Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.
Sumber:Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB)

Kibarkan Bendera



Kempen kibarkan bendera sempena Hari Kemerdekaan ke 52. Temanya sambutan tahun ini, 1 Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Selamat Berpuasa


Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Marhaban ya Ramadan – Selamat datang Ramadan – untuk bulan yang suci – mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak serta Muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju keredaan Allah s.w.t. Sewajarnya kita mempersiapkan bekal bagi tujuan menelusuri jalan itu.

Apakah bekal yang dimaksudkan itu. Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa keluarga Muslim seluruhnya. Tekad kita yang membara untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam-malam Ramadan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah menerusi pengabdian untuk agama, bangsa, dan negara.

Sebagai keluarga Muslim, kita seharusnya gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menghadapi dengan berlapang dada dan penuh kesyukuran; dengan jiwa yang tenang, dengan hati yang tenteram. Bagi orang Islam yang beriman, mereka menerima kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan penuh kegembiraan. Ini kerana pengembaraan Ramadan yang begitu lama sudah kembali semula menemui kita.

Sesungguhnya Allah s.w.t mewajibkan puasa adalah untuk membersihkan jiwa daripada sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang mulia serta menjauhkannya daripada setiap sifat yang tercela. Kita dianjurkan banyak bersabar dan berjihad melawan hawa nafsu. Dengan puasa juga iman seseorang Muslim akan bertambah kuat dan bersih.

Ramadan menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk keluarga Muslim yang beriman. Sebab itu juga bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah, iaitu bulan di mana orang-orang yang beriman berebut-rebut mengerjakan amalan salih.

Orang-orang yang beriman sahaja yang tahu menghargai Ramadan. Oleh hal yang demikian itu, mereka mempertingkatkan amalan baik seperti bersedekah, tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan bermacam-macam amalan baik yang lain pada bulan yang mulia ini.

Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan-bulan lain di dalam Islam. Kitab suci al-Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini.

Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam (Lailatul) Qadar.”

Umat Islam harus menghayati keagunggan bulan Ramadan ini. Bulan di mana Allah telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ini adalah bulan pengampunan dan rahmat, bulan kebebasan daripada api neraka dan kemenangan berupa syurga.

Pada bulan ini juga di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yang mana malam itu adalah lebih utama daripada seribu bulan. Pencarian dan penemuan malam Qadar merupakan usaha kerohanian yang besar dalam bulan Ramadan.

Anas r.a. menyebutkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada umatku Lailatul Qadar dan tidak diberikannya kepada umat-umat sebelum mereka.”

Bulan Ramadan menuntut banyak kesabaran kita kerana hakikat puasa itu sendiri bukan sekadar menahan makan dan minum, malah dilarang bercakap kotor atau lucah atau sia-sia sepanjang puasa Ramadan.

Boleh dikatakan kehancuran akhlak dan merosotnya nilai-nilai martabat manusia bersumber daripada tidak dapat mengawal nafsu makan, minum dan hubungan seksual. Dilihat dari aspek ini, puasa pada bulan Ramadan ini benar-benar merupakan pendidikan akhlak yang amat ampuh. Puasa menjadi benteng umat Islam daripada bahaya kehancuran akhlak.

Rasulullah s.a.w mengingatkan hakikat tersebut menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Puasa itu bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenarnya ialah meninggalkan perbuatan yang tidak berguna (sia-sia) dan menjauhi perbuatan dosa. Kerana itu, jika ada seseorang yang memaki kepadamu, maka cukup engkau katakan: Sesungguhnya aku sedang berpuasa! Sesungguhnya aku sedang berpuasa!” (Riwayat Ibnu Huzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim)

Bulan Ramadan selain daripada menuntut kita agar bersabar, bertaubat, beristighfar, berjihad, banyak bersedekah dan berdoa, amalan-amalan lain juga dianjurkan seperti qiamullail, tilawatul Quran, iktikaf dan amalan-amalan salih yang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Apabila Ramadan telah datang, maka pintu-pintu syurga dibuka (lebar-lebar), dan pintu-pintu neraka tertutup (rapat-rapat) dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, August 14, 2009

Mesyuarat OPMEN


Semua Guru Data diminta ke Mesyuarat OPMEN pada hari Ahad 16 Ogos 2009, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat PPD Kuala Muda / Yan. Sila bawa laptop dan data OPMEN terkini dan ralat yang telah diemailkan ke sekolah.

Selamat Datang ke Blog Guru Data


Blog guru data masih dalam pembinaan. Guru data KMY harap bersabar